Sabtu, 18 April 2020

Pelik! Pokok Pisang Keluarkan Darah

Kabid Dikdas
Penduduk setempat di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang mengeluarkan cecair seperti darah apabila pokok tersebut ditoreh dengan benda tajam.
 
Melayukini.net – Pelik! Pokok Pisang Keluarkan Darah | Secara lazimnya, pokok pisang ataupun di bahagian batangnya, jika ditoreh ia akan mengeluarkan getah yang berwarna putih kejernihan. Namun demikian terdapat sepohon pokok pisang di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia mengeluarkan buah yang kelihatan seperti nenas manakala pohonnya mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah apabila ia ditusuk dengan benda tajam.
 
 Jawa Timur Indonesia terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang mengeluarkan cecair Pelik! Pokok Pisang Keluarkan Darah
 
Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pohon pisang aneh ini,” kata pemilik pohon itu, Sutrisno kepada wartawan Detikcom ketika ditemui dirumahnya.
Bahagian tengah pohon itu dibalut dengan kain berwarna putih yang digunakan untuk membalut mayat bagi mengelak orang ramai menusuknya semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.
Menurut Sutrisno, pohon pisang itu tidak menunjukkan sebarang tanda keganjilan apabila ia masih kecil.
Namun, selepas pohon itu membesar, ia mula mengeluarkan buah aneh seperti nanas dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk.
Menurutnya, sebulan sebelum pohon pisang itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia bermimpi air telaga di rumahnya melimpah.
Melayukini.net - Penemuan seperti ini jika tidak dikawal oleh penduduk setempat akan menyebabkan orang luar akan menganggap ia sebagai tempat untuk pemujaan. Dalam erti kata lain, akan terlalu taksub dengan perkara tersebut. Sama seperti kes-kes yang lain, mudah terpengaruh dengan fahaman yang boleh merosakkan akidah.

 
Sumber: Woot Media | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net